Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Satu Lagi Telefon Xiaomi Mi 11 Akan Masuk Malaysia

Posted on Ogos 13, 2021

Bukan satu, rupanya ada dua model Mi 11 yang baharu akan tiba buat pasaran tempatan. Sebelum ini, Mi 11T Pro sudah pun melepasi pengesahan dari SIRIM dengan nombor model 2107113SG.

Kini, sebuah lagi peranti Xiaomi yang bernama Mi 11 Lite NE pula akan memasuki pasaran tempatan memandangkan ia juga telah menerima pengesahan SIRIM.

Xiaomi Mi 11 Lite NE receives the SIRIM certification in Malaysia.#Xiaomi #Mi11LiteNE pic.twitter.com/3fWhCHAfth

— Mukul Sharma (@stufflistings) August 13, 2021

Telefon tersebut hadir dengan nombor model 2109119DG yang mana ia juga telah muncul di IMDA Singapura. Pun begitu, tidak banyak maklumat mengenai peranti ini, sama seperti Mi 11T Pro.

Namun, khabar angin menyatakan ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 778G dan dijangka turut dilengkapi panel AMOLED. Selain itu, telefon ini juga akan menerima sokongan ‘RAM Expansion’ atau RAM maya nanti.

#EXCLUSIVE: "lisa" device is #Mi11LiteNE, at least in India. What does NE mean…? New Era? Who knows? And how will it be called on Global? pic.twitter.com/ebpC4hFAhc

— Kacper Skrzypek 🇵🇱 (@kacskrz) August 2, 2021

Jika anda tertanya-tanya apakah maksud NE, masih tiada maklumat tentangnya juga.

Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi dari pihak Xiaomi Malaysia. Mungkin mereka akan melancarkan sekali dengan tablet Mi Pad 5.

Sumber: stufflisting

Baca juga:

  • Xiaomi Kini Dilapor Mendominasi Pasaran Eropah Buat Pertama Kali
  • Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Sokong Fungsi ‘Tambah’ RAM
  • MIUI 12.5 Enhanced Juga Diumum, Ini Telefon Yang Akan Terima

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress