Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Max 2 Dan Mi 6 Sudah Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah – Harga Bermula Dari RM1199

Mi Max 2 Dan Mi 6 Sudah Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah – Harga Bermula Dari RM1199

Diterbitkan Ogos 1, 2017 oleh Helmi Samsuri

Semalam Mi Malaysia melalui laman Facebook mereka telah mengumumkan penawaran model Mi Max 2 dan Mi 6 secara pra-tempah .

Pra-tempah yang bermula pada 12 tengahari semalam bakal berlangsung selama 5 hari iaitu…

  • 31 Julai sehingga 4 Ogos 2017

…dan bagi anda yang berhajat untuk membeli boleh mengunjungi Mi Store di Lazada ataupun ke Kedai Premium yang bertempat di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Jika anda tidak mahu membeli secara pra-tempah, anda boleh membeli secara terus Mi Max 2 dan Mi 6 bermula pada 5 Ogos 2017. Berikut merupakan harga dan spesifikasi ringkas bagi model yang terlibat;

Mi Max 2 (RM1199)

Mi Max 2 Dan Mi 6 Sudah Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah – Harga Bermula Dari RM1199

  • Skrin paparan berukuran 6.44 inci
  • Android Nougat 7.1.1
  • Snapdragon 625
  • Kamera utama 12MP dan kamera swafoto 5MP
  • Pengimbas cap jari di bahagian belakang
  • Bateri berkapasiti 5300 mAh

Mi 6 (RM1899)

Mi Max 2 Dan Mi 6 Sudah Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah – Harga Bermula Dari RM1199

  • Skrin paparan berukuran 5.15 inci
  • Android Nougat 7.1.1
  • Snapdragon 835
  • Dwi Lensa kamera utama 12MP dan kamera swafoto 8MP
  • Pengimbas cap jari di bahagian hadapan
  • Bateri berkapasiti 3350 mAh

Klik untuk pra-tempah di Mi Store Lazada

Sumber: Mi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY