Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi A1 Akan Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan Minggu Ini, Harga Mungkin Sekitar RM1099-RM1199

Mi A1 Akan Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan Minggu Ini, Harga Mungkin Sekitar RM1099-RM1199

Diterbitkan September 13, 2017 · Dikemas kini September 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Tempoh hari kita sudah menyaksikan pelancaran Mi A1 yang memperlihatkan penglibatan Xiaomi di dalam program Android One. Pelbagai maklum balas diberikan peminat tanah air, ada yang tidak sabar menanti kemunculannya di pasaran Malaysia dan ada juga yang tetap setia dengan antaramuka MIUI.

Berdasarkan kiriman Facebook Mi Malaysia, mereka bakal mengumumkan Mi A1 untuk pasaran dalam negara pada minggu ini walaupun tidak dinyatakan secara terperinci.

Bagi harga jualan pula, terdapat sedikit percanggahan kerana ada pengedar yang membuat pra-tempah dengan harga RM1199 dan di Lazada pula ia dipasarkan pada harga RM1099 tetapi untuk informasi lebih tepat, nantikan harga rasmi dari Mi Malaysia.

Mi A1 Akan Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan Minggu Ini, Harga Mungkin Sekitar RM1099-RM1199

Mi A1 dihadirkan dengan fungsi kamera dwi lensa dan beroperasi menggunakan sistem operasi Android asli, tidak seperti keluaran lain yang menggunakan antaramuka MIUI.

Bagi spesifikasi ia hampir mirip dengan model Mi 5X dan jika anda ingin melihat perbezaannya boleh klik di artikel ini.

Sumber: Lowyat.net, Mi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY