Xiaomi Mi A1 Dilancar Secara Rasmi, Dwi Kamera Dan Beroperasi Dengan Android Asli

Terbaru, telefon pintar model Mi A1 dari pengeluar terkemuka, Xiaomi sudah dilancarkan dengan rasminya pada acara yang berlangsung di New Delhi, India.

Dengan pelancaran ini, syarikat turut mengumumkan penyertaan mereka dalam program Android One dengan membawakan sistem operasi Android asli (stock Android) ke dalam telefon pintar berkenaan.



 

Keluaran baru ini bakal tampil dengan sistem dwi kamera utama seperti yang telah diberitakan sebelum ini. Dilengkapi dengan skrin paparan 5.5 inci dan dikuasakan dengan Snapdragon 625 beserta GPU Adreno 506.

Bagi storan dalaman pula ia hadir dengan kapasiti 64 GB dan mempunyai sokongan memori tambahan MikroSD berserta RAM 4GB.

Spesifikasi lain pula adalah seperti berikut...

  • Dwi-kamera utama 12MP+12MP

  • Kamera selfie 5MP

  • Bateri berkapasiti 3000/3080 mAh dengan port USB Type-C

  • Sistem operasi Android Nougat "asli" dan dijanjikan kemaskini ke Oreo pada penghujung 2017.




Mi A1 yang dilancarkan di India dijual pada harga ₹14,999 (~RM 996.72) dengan menawarkan 3 variasi warna iaitu...

  • Hitam

  • Emas

  • Ros emas.




Dijangka ia akan memasuki pasaran negara pada penghujung September ini dan sudah pasti dengan harga yang berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Sumber: Android Police