Empat Perbezaan Antara Mi A1 dan Mi 5X Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang diberitakan sebelum ini, Xiaomi secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka, dikenali sebagai Mi A1 yang akan beroperasi menggunakan sistem operasi Android asli (Stock Android).

Walaubagaimanapun, kebanyakkan peminat tegar produk dari China ini beranggapan Mi A1 tidak ubah seperti model Mi 5X yang dilancarkan pada bulan Julai lalu.

Sekilas pandang, hanya sistem operasi yang membezakan antara kedua-dua model berkenaan. Tetapi sebenarnya terdapat perbezaan antara kedua-dua telefon pintar tersebut, seperti:

1. Pelindung skrin



- Mi A1 dilengkapi dengan 2.5D Curved Gorilla Glass 3

- Mi 5x tidak didatangkan dengan pelindung skrin Gorilla Glass.

2. Antaramuka



- "Dikeluarkan oleh Xiaomi, Direka oleh Google" ungkapan ini mungkin sesuai diberi pada Mi A1. Model ini hadir dengan Android asli beserta dua aplikasi pra-pasang Xiaomi. Syarikat itu juga berjanji akan mengemaskini Mi A1 kepada Android Oreo 8.0 pada penghujung tahun ini (serta Android "P" apabila ia dilancarkan nanti).

- Mi 5X mempunyai antaramuka MIUI 8 dengan sistem operasi Android Nougat.

3. Penawaran



- Mi A1 ditawarkan pada pasaran global dan sudah pasti, Malaysia antara negara yang tersenarai dan dijangka ia akan mulal berada dipasaran tempatan penghujung September ini.

-Mi 5X yang dilancarkan 26 Julai lalu hanya diumumkan penawarannya di China sahaja dan pembeli Malaysia mungkin boleh membeli peranti ini di kedai-kedai yang menjualnya sebagai set import.

4. Variasi



- Mi A1 hanya ditawarkan pada satu versi sahaja iaitu RAM 4GB dengan storan dalaman sebesar 64GB.

- Mi 5x pula tampil dengan dua variasi; RAM 4GB dan ROM 32GB serta RAM 4GB ROM 64GB.

Mungkin ada yang sudah bosan dengan MIUI mungkin boleh berubah arah kepada Androd asli yang lebih ringkas dan mungkin juga ada yang masih setia dengan antaramuka Xiaomi itu. Anda yang mana? MIUI 8 atau Android asli?

Sumber: Techdroider