Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Facebook

Meta Tidak Benarkan Peniaga Menanda Produk Dalam Hantaran Di FB Dan IG Bermula 10 Ogos 2023

Diterbitkan Mei 2, 2023 oleh ariff bukhari

Meta Platforms Inc. (Meta) minggu lalu telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan membenarkan perniagaan di rantau Asia Pasifik (APAC) mempunyai kedai dalam talian seperti di Facebook atau Instagram atau menggunakan penandaan produk dalam hantaran mereka mulai 10 Ogos, 2023.

“Mulai 10 Ogos 2023, sesetengah perniagaan tanpa ciri daftar keluar di Facebook dan Instagram tidak lagi dapat menandai produk mereka melalui Content Publishing API. Ini akan memberi kesan kepada kedua-dua API dan antaramuka serta akan mengalih keluar tanda pada produk daripada siaran sebelumnya.” Meta.

Pengumuman ini mungkin tidak begitu memberi kesan kepada perniagaan di Malaysia kerana menurut Hafiz Azman, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perunding e-dagang, Kartel Digital Sdn Bhd berkata, kebanyakan usahawan perniagaan dalam talian di Malaysia tidak menggunakan ciri-ciri Kedai Facebook atau Instagram berikutan dasar yang ketat di platform tersebut.

Walaubagaimanapun pengumuman Meta ini tidak melibatkan 7 pasaran lain iaitu Australia, Korea Selatan, Taiwan, India, Jepun, Indonesia dan Thailand.

Berkaitan

  • Maxis Tidak Benarkan Penghantaran 'Link' Dalam SMS Mulai Bulan Mei
  • 'Game' Pengembaraan Angkasa Bersama Ayam Abadi Berharga RM59 Ini Sedang Percuma
  • Kemas Kini Rapid Security Response Dilepaskan Untuk Pengguna iOS 16.4.1

Sumber: Meta, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY