Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Rapid Security Response Dilepaskan Untuk Pengguna iOS 16.4.1

Kemas Kini Rapid Security Response Dilepaskan Untuk Pengguna iOS 16.4.1

Diterbitkan Mei 2, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini Rapid Security Response 16.4.1 (a) yang tersedia untuk iOS 16.4.1, iPadOS 16.4.1, atau macOS Ventura 13.3.1 atau lebih baru.

Berkaitan

  • Ura-Ura: iOS 17 Dijangka Tampilkan Perubahan Besar Pada Control Centre
  • Sekali Lagi, iOS 17 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan 'Sideloading' Aplikasi

Untuk makluman, Rapid Security Response atau Respons Keselamatan Pantas merupakan kemas kini yang membolehkan tampalan keselamatan penting dilakukan dengan lebih pantas, tanpa perlu memasang kemas kini iOS versi penuh.

Bagi iOS Security Response 16.4.1 (a), ia menyediakan pembetulan keselamatan penting dan Apple menyarankan pengguna untuk melakukan kemas kini bersaiz 85MB itu.

Kemas Kini Rapid Security Response Dilepaskan Untuk Pengguna iOS 16.4.1

Secara default, Apple menetapkan kemas kini Rapid Response Security secara automatik. Untuk menyemaknya, pergi ke Settings > General > Software Update > Automatic Updates, kemudian pastikan “Security Responses & System Files” diaktifkan.

Namun, jika pengguna memilih untuk mematikan tetapan ini atau tidak menggunakan Rapid Security Response apabila ia tersedia, peranti hanya akan menerima pembetulan yang berkaitan apabila ia disertakan dalam kemas kini perisian berikutnya.

Sementara itu, Apple setakat ini belum menerbitkan perincian mengenai kerentanan keselamatan tertentu yang diperbaiki dalam kemas kini Rapid Security Response 16.4.1 (a).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY