Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Diberi Amaran, Buka WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing

Meta Lantik Anak Jati India Jadi Bos Baharu WhatsApp

Diterbitkan Jun 23, 2026 · Dikemas kini Jun 23, 2026 oleh ariff bukhari

Meta telah melantik pengasas teknologi kewangan (fintech) India, Kunal Shah, sebagai ketua baharu WhatsApp, ketika gergasi teknologi AS itu sedang mencari jalan untuk menjana keuntungan daripada pangkalan pengguna aplikasi pemesejan tersebut yang sangat besar.

Pengumuman yang dibuat pada malam Isnin itu turut disertai dengan berita bahawa Meta akan mengetuai pusingan pembiayaan bernilai $900 juta untuk syarikat kewangan pengguna milik Shah, CRED.

“Kunal telah membina CRED menjadi salah sebuah syarikat teknologi paling penting di India, Beliau membawa mentaliti seorang ‘pembina’ dan perspektif global yang akan sangat membantu beliau dalam mengendalikan aplikasi pemesejan terbesar di dunia.” Ketua Meta, Mark Zuckerberg, dalam satu kenyataan.

Shah, seorang usahawan bersiri dan tokoh berpengaruh dalam dunia fintech India, memulakan CRED pada tahun 2018 selepas menjual syarikat pemula pembayaran terdahulunya kepada gergasi e-dagang India, Snapdeal, dengan nilai sekitar $400 juta.

Beliau juga merupakan salah seorang pelabur budiman  paling prolifik di India, menurut penjejak data Tracxn, dengan media kewangan tempatan sering melaporkan bagaimana Shah bersetuju memberikan pembiayaan awal untuk cadangan perniagaan (pitches) dalam masa beberapa minit sahaja selepas mendengarnya.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Shah telah memberi tumpuan kepada pembinaan CRED — yang bermula dengan menawarkan ganjaran kepada pelanggan yang membuat pembayaran kad kredit tepat pada masanya.

Sejak itu, syarikat berkenaan telah berkembang secara agresif dengan menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan, insurans dan pinjaman kepada 17 juta penggunanya.

Pengalaman ini berkemungkinan besar akan membantu WhatsApp dalam usahanya mencari sumber pendapatan baharu yang melangkaui perniagaan pengiklanan teras Meta, yang juga mengendalikan Facebook dan Instagram.

Walaupun India merupakan pasaran terbesar WhatsApp — dengan lebih setengah bilion pengguna, menurut angka kerajaan pada 2021 — para penganalisis berkata aplikasi itu sebahagian besarnya telah terlepas peluang untuk membina perkhidmatan pembayaran yang sama popularnya.

Pada Mei lalu, aplikasi pemesejan tersebut menawarkan keupayaan kepada perniagaan di India untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi perkhidmatan termasuk melayan pelanggan pada setiap masa atau membuat janji temu.

Shah mengakui ruang untuk pertumbuhan masa hadapan dengan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa jurang antara “WhatsApp hari ini dengan potensi penuhnya adalah sangat besar”.

Ekosistem syarikat pemula India turut merayakan pelantikan Shah — yang menjadi contoh terbaharu seorang eksekutif kelahiran India menjadi peneraju bagi sebuah syarikat di Silicon Valley.

Sajith Pai daripada Blume Ventures, sebuah syarikat penyokong awal pemula India, berkata Shah kini mendapat “kanvas yang lebih besar untuk melukis coretan beraninya”.

“Berita baik untuk semua orang dalam ekosistem syarikat pemula India, dan untuk India!”

– AFP.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Rancang Pacu Pusat Data AI Guna Cahaya Matahari 24 Jam Dipancar Dari Angkasa
  • EU Arah Meta Buka Akses WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing Secara Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY