Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads 100m Meta

Meta Dilapor Akan Papar Iklan Di Threads Pada Awal 2025

Diterbitkan November 14, 2024 ยท Dikemas kini November 14, 2024 oleh Amalina Athman

Kita tidak dapat mengeja “Threads” tanpa “ads”, tapi bukan itu yang menjadi isunya. Dalam perkembangan terbaru, Meta merancang untuk memperkenalkan iklan di platform media sosialnya, Threads.

Menurut laporan The Information, sumbernya memberitahu bahawa perubahan itu akan berlaku pada awal tahun depan.

Buat pengetahuan, Threads dilancarkan pada Julai tahun lalu sebagai “pencabar” kepada X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter), sewaktu laman mikro blog itu berdepan dengan pelbagai isu di awal pengambilalihan oleh Elon Musk.

Aplikasi Threads mencapai 275 juta pengguna aktif bulanan, kata CEO Meta Mark Zuckerberg bulan lepas, menandakan pertumbuhannya yang pesat.

Walaupun Threads pada awalnya dilancarkan tanpa iklan, pengintegrasian dalam ekosistem Meta bersama platform lain seperti Facebook dan Instagram, yang penuh dengan iklan, menjadikan usaha pengewangan ini dijangka berlaku.

Pada peringkat awal, Threads dilaporkan merancang untuk membenarkan sebilangan kecil pengiklan membuat dan menerbitkan iklan di platform itu bermula Januari. Sementara satu pasukan dalam bahagian pengiklanan Instagram akan mengetuai inisiatif tersebut.

Berkaitan

  • Threads Semakin Menyerupai X, Kini Dengan 'Trending Now'
  • Meta AI Akan Tersedia Di Malaysia Tak Lama Lagi
  • Kualiti Video Di Instagram Bergantung Kepada 'Populariti'
  • Pengguna Instagram Kelak Boleh Tambah Foto, Video Dalam Siaran Yang Telah Dikongsi
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY