Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta, Broadcom Kerjasama Bangunkan Cip AI Tersuai

Meta, Broadcom Kerjasama Bangunkan Cip AI Tersuai

Diterbitkan April 15, 2026 · Dikemas kini April 15, 2026 oleh Amalina Athman

Meta mengumumkan perluasan kerjasama dengan Broadcom bagi membangunkan beberapa generasi cip MTIA (Meta Training and Inference Accelerator), iaitu cip tersuai yang menjadi teras kepada sistem kecerdasan buatan (AI) merentasi aplikasi dan perkhidmatan syarikat itu.

Menurut Meta, syarikat mengamalkan pendekatan portfolio dalam pembangunan silikon AI dengan memadankan pemecut (accelerator) berbeza mengikut keperluan setiap beban kerja bagi mencapai keseimbangan antara prestasi dan jumlah kos pemilikan.

MTIA pula merupakan pemecut yang direka khusus untuk dioptimumkan bagi tugasan inferens dan pemprosesan berskala besar. Dengan kerjasama ini, ia dapat mempercepatkan pembangunan empat generasi baharu cip tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.

Broadcom akan terlibat dalam reka bentuk cip, teknologi pembungkusan termaju serta sistem rangkaian bagi membina asas pengkomputeran berskala besar yang diperlukan untuk pengalaman AI masa nyata.

Ia turut memanfaatkan platform XPU milik Broadcom yang direka untuk pemecut AI tersuai, selain teknologi Ethernet berkelajuan tinggi bagi menyokong kluster pengkomputeran AI Meta.

Perjanjian ini melibatkan komitmen melebihi 1 gigawatt (1GW) pada fasa pertama, sebagai permulaan kepada pelaksanaan berterusan berskala multi-gigawatt. Kedua-dua syarikat berkongsi visi untuk mereka bentuk dan menskalakan perkakasan yang diperlukan bagi membawa keupayaan “personal superintelligence” kepada pengguna di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Meta turut memaklumkan perubahan dalam struktur kepimpinan Broadcom apabila CEO syarikat itu, Hock Tan, akan berundur daripada Lembaga Pengarah Meta dan beralih kepada peranan penasihat. Beliau akan terus memberikan panduan strategi mengenai pelan silikon tersuai Meta serta membantu membentuk hala tuju pelaburan infrastruktur syarikat.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Meta Lancar Dua Cermin Mata Pintar Ray-Ban, Kini Sokong Hampir Semua Preskripsi
  • Meta Perkenal Muse Spark - Model AI Pertama Dari Meta Superintelligence Labs
  • Meta Dilapor Bangunkan Klon AI Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY