Sebelum ini, Messenger Kids telah dilancarkan dalam pasaran Amerika Syarikat pada 2017 dan diikuti oleh Kanada dan Peru pada 2018. Menurut Facebook, pelancaran di lebih 70 buah negara dilakukan kerana kebanyakan kanak-kanak secara global hari ini melakukan pembelajaran dari rumah berikutan penularan pandemik Covid-19.
Selain itu, Facebook turut mengumumkan beberapa sokongan fungsi baru yang terdapat pada aplikasi Messenger Kids. Melalui fungsi Supervised Friending, ibu bapa atau penjaga kini boleh membenarkan anak-anak mereka mengawal permintaan rakan mereka sendiri.
Bagaimanapun, ibu bapa masih akan menerima pemberitahuan penerimaan rakan dan dapat mengawal permintaan tersebut pada bahagian Parent Dashboard di aplikasi Messenger Kids.
Fungsi baru yang kedua membolehkan ibu bapa untuk menerima guru, jurulatih atau ibu bapa lain untuk menguruskan grup di Messenger Kids. Ibu bapa turut mempunyai pilihan untuk menetapkan privasi nama dan foto profil anak mereka.
Pada masa ini, fungsi baru yang telah tersedia hanya dilepaskan di Amerika Syarikat dan akan diikuti oleh negara lain tidak lama lagi. Bagi aplikasi tersebut, ia telah mula dilepaskan di lebih 70 buah negara bermula hari ini.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Apple Ambil Potongan 30% Untuk 'Boost', Meta Dakwa Beri Impak Kepada Perniagaan Facebook
- Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram
- Facebook Kini Benarkan Pengguna Hapus Kiriman Secara Pukal
- Gambar Dan Video Facebook Kini Boleh Dipindahkan Ke Dropbox
- Facebook Lancar Aplikasi Creator Studio - Urus Facebook Page Melalui Peranti Mudah Alih
- Aplikasi Facebook Dilaporkan Hadapi Masalah Log Keluar Secara Automatik
- Facebook Mengumumkan Integrasi Sistem Permesejan Pada Aplikasi Instagram Dan Messenger
- Facebook Kini Benarkan Cipta Empat Profil Bagi Setiap Akaun, Ini Caranya
- Pernah Menjadi Popular Di Facebook, Permainan FarmVille Akan Ditamatkan Pada Hujung Tahun Ini
- Guna Nama Ketua Pengarah, Imigresen Kesan Akaun Facebook Palsu