Mercedes-Benz telah melancarkan GLC EV serba baharu, model elektrik sepenuhnya yang bakal menyertai barisan SUV paling laris jenama itu mulai 2026.
GLC EV hadir dengan gril krom iluminasi baharu, siluet dinamik serta MBUX Hyperscreen 39.1 inci yang mana ia skrin terbesar pernah dipasang dalam sebuah Mercedes. Bumbung panorama SKY CONTROL juga boleh dipilih, lengkap dengan pencahayaan berbentuk bintang.
SUV ini menawarkan ruang lebih besar berbanding versi petrol, termasuk tambahan 47 mm ruang kaki di belakang. Kapasiti kargo mencecah 570 liter dan boleh diperluas sehingga 1,740 liter. Turut disediakan ruang tambahan frunk 128 liter.
Varian pelancaran, GLC 400 4MATIC, menghasilkan sehingga 483 hp dengan jarak pemanduan sehingga 713 km (WLTP). Sistem 800-volt dan bateri 94 kWh membolehkan pengecasan semula hingga 303 km dalam 10 minit. Ia juga menyokong pengecasan dua hala (V2G/V2H) untuk bekalan tenaga ke rumah atau grid.
GLC EV menggunakan MB.OS, sistem operasi baharu Mercedes yang dipacu AI untuk infotainmen, bantuan pemanduan dan pengecasan. Ia boleh menerima kemas kini perisian over-the-air.
Sistem infotainmen generasi ke-4 ini turut menggabungkan AI Microsoft dan Google, membolehkan interaksi lebih semula jadi serta akses kepada aplikasi hiburan termasuk Disney+.
Teknologi suspensi udara pintar dari S-Class, steering roda belakang 4.5° dan sistem bantuan pemanduan MB.DRIVE menjadikan pengalaman pemanduan lebih selesa dan selamat.
Selain itu, pakej pilihan Vegan Interior menjadikan Mercedes pengeluar pertama yang menawarkan kabin disahkan oleh The Vegan Society.
Secara keseluruhan, Mercedes-Benz GLC EV mengekalkan status ikonik SUV paling popular jenama itu, kini dalam bentuk elektrik sepenuhnya dengan gabungan prestasi tinggi, jarak jauh dan teknologi pintar.
{suggest}