Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BMW iX3 50 xDrive

BMW iX3, EV Terbaru Dilengkap Ciri Parkir AI Dikuasakan Snapdragon

Diterbitkan September 5, 2025 · Dikemas kini September 5, 2025 oleh ariff bukhari

Qualcomm Technologies dan BMW Group memperkenalkan sistem pemanduan automatik baharu, Snapdragon Ride Pilot, hasil kerjasama selama tiga tahun membabitkan lebih 1,400 pakar global .

Sistem ini menggunakan Snapdragon Ride SoC dan perisian pemanduan automatik (AD) bersama BMW. Ia dipekenalkan pertama kali ke dalam model BMW iX3 baharu yang diperkenalkan di pameran IAA Mobility 2025.

BMW iX3, EV Terbaru Dilengkap Ciri Parkir AI Dikuasakan Snapdragon

Ride Pilot direka untuk tahap keselamatan tertinggi, menyokong NCAP entry-level hingga Level 2+ autopilot lebuh raya dan bandar, serta telah divalidasi di 60 negara, dengan sasaran lebih 100 negara pada 2026.

Ciri-ciri utama Snapdragon Ride Pilot termasuklah:

  • 360° Perception – kamera & radar untuk pengesanan objek, lorong, tanda jalan, parkir, serta pemantauan pemandu.
  • Konteks AI dan Rule-Based – untuk ramalan dan perancangan tingkah laku dalam situasi kompleks.
  • Over-the-Air (OTA) Updates – dikemas kini melalui kumpalan data dan Snapdragon Ride SDK.
  • “Superbrain of Automated Driving” – komputer pintar pusat 20 kali lebih berkuasa, disokong kamera HD dan radar untuk liputan penuh.
  • V2X 200 Chipset – komunikasi kenderaan ke segala (Vehicle-to-Everything) untuk keselamatan tambahan.

BMW iX3, EV Terbaru Dilengkap Ciri Parkir AI Dikuasakan Snapdragon

BMW iX3 baharu dengan sistem ini mampu melakukan pertukaran lorong kontekstual, pemanduan bebas tangan di lebuh raya, bantuan parkir AI, serta pemantauan kabin.

BMW iX3 ialah Sports Activity Vehicle (SAV) elektrik sepenuhnya dan  dilengkapi BMW eDrive generasi keenam.

iX3 menawarkan jarak pemanduan sehingga 805 km serta kadar pengecasan puncak 400 kW.

Sistem elektronik dan seni bina perisian baharu dengan empat komputer berprestasi tinggi digelar “superbrain” menjadikan model ini lebih pintar.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Proton Rasmi Kilang EV Pertama Di Malaysia
  • UGREEN Lancar 5 Pengecas Magnetik Baharu, Harga Dari RM129

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY