Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Menteri Mahu Syarikat Telco Memastikan Pelanggan Menerima Kelajuan Internet Yang Telah Dijanjikan

Posted on Oktober 6, 2018Oktober 6, 2018

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini mengingatkan semua syarikat telekomunikasi(telco) agar memastikan semua pelanggan dapat menikmati kelajuan internet seperti yang dijanjikan dan ditawarkan dalam setiap pakej mereka.

Menurut beliau lagi, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM) akan sentiasa memantau perkara itu. Sekiranya ada syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakannya, tindakan sewajarnya akan diambil kepada mereka.

Sebelum ini, pihak SKMM telah memberikan tempoh sehingga penghujung bulan lepas untuk mengkaji semua pakej-pakej internet yang ditawarkan. Ia bagi membolehkan rakyat negara ini menikmati internet yang lebih pantas pada harga yang lebih murah.

Namun, sehingga hari ini, masih ada pengguna yang belum lagi menerima tahap kelajuan yang dijanjikan. Maka dengan perkembangan terbaru ini, diharapkan dapat menggesa syarikat-syarikat telekomunikasi ini untuk menyediakan perkhidmatan tersebut dengan lebih cepat.

Menteri berkenaan turut mengesahkan bahawa membuat satu pengumuman mengenai standard harga minimum perkhidmatan internet pada esok, Ahad 7 Oktober. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress