Meltdown Dan Spectre - Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil

Umum sudah mengetahui mengenai masalah yang melanda dunia siber kini iaitu kerentanan cip pemprosesan Intel, AMD dan juga ARM.

Kerentanan Meltdown dan Spectre itu boleh diatasi menerusi kemaskini yang sudah mula ditawarkan oleh syarikat pengeluar dan juga enjin carian. Jadi sebagai pengguna, apa yang harus anda lakukan?

  • Jika anda menggunakan Windows, pastikan anda pasang kemaskini sekuriti KB4056890

  • Jika anda menggunakan Mac, kemaskini kepada macOS 10.13.2

  • Jika anda menggunakan iOS, kemaskini kepada iOS 11.2 atau tvOS 11.2

  • Jika anda menggunakan Firefox, kemaskini kepada Firefox 57

  • Jika anda menggunakan Google Chrome, kemaskini akan dikeluarkan pada 23 Januari 2018.

  • Muat turun dan pasang setiap kemaskini perisian yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar komputer dan papan induk anda.


Baca juga - Senarai Cip Pemprosesan AMD Yang Terkesan Dengan Spectre

Sumber: Tech ARP