Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
subsidi minyak_BERNAMA

Mekanisme Subsidi RON95 Masih Diperhalusi, Sistem MyKad Dalam Pertimbangan

Diterbitkan Mac 28, 2025 · Dikemas kini Mac 28, 2025 oleh Amalina Athman

Mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 yang akan melibatkan harga dua peringkat sedang diperhalusi, dengan kemungkinan menggunakan sistem MyKad.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan tidak mahu membuat sebarang pra-pengumuman mengenai pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 pada masa ini dan dijangka mengumumkannya selepas separuh pertama tahun ini.

Perkara paling penting yang kami ingin pastikan ialah sistem itu kukuh. Kami akan menggunakan harga dua peringkat – harga tidak bersubsidi dan harga bersubsidi. Lebih 85% rakyat akan mendapat harga bersubsidi. Itulah pendekatan penyasaran subsidi di Malaysia.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata sekiranya sistem MyKad digunakan dalam penyasaran subsidi, ia boleh berpandukan sistem yang digunakan dalam pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Ketika ini, terdapat lebih 3,500 kedai runcit dan pasar raya yang menggunakan sistem MyKad untuk SARA.

Oleh itu, kalau kita boleh menggunakan MyKad untuk 5.4 juta orang dengan 3,500 kedai, ia tidaklah berbeza jika kita menggunakannya untuk RON95 juga.

Berkaitan

  • Subsidi Bersasar RON 95 Mungkin Guna Mekanisme MyKad, e-Dompet
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Senator Cadang e-Dompet Sebagai Mekanisme Salur Subsidi RON95
  • Bantuan SARA 2025: Ini Yang Perlu Diketahui & Cara Semak Status Kelayakan

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY