Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meizu Bergandingan Dengan MediaTek Dalam Menghasilkan Teknologi Pengecaman Wajah Yang Terbaik

Meizu Bergandingan Dengan MediaTek Dalam Menghasilkan Teknologi Pengecaman Wajah Yang Terbaik

Diterbitkan November 1, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Teknologi pengecaman wajah pada telefon pintar semakin hari semakin mendapat perhatian pengeluar telefon. Satu lagi nama kian meningkat naik, Meizu dikatakan bakal bekerjasama dengan MediaTek dalam membangunkan teknologi pengecaman wajah yang terbaik.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Ketua Pemasaran Global Meizu, Ard Boudeling dalam tweet beliau yang mana ia bakal diperkenalkan kepada umum pada tahun 2018.

We’re working together with @MediaTek to create the best facial recognition technology on smartphones. We hope to show you in 2018. pic.twitter.com/lYnFXMtblL

— Ard Boudeling (@ArdCB) October 30, 2017

Teknologi pengecaman wajah semakin popular setelah Samsung dan Apple berjaya melengkapkan peranti flagship mereka dengan fungsi tersebut dan kita boleh jangkakan lebih ramai lagi pengeluar telefon yang lain akan menuruti langkah sama.

Selain pengecaman wajah, satu lagi teknologi yang ditunggu ramai adalah pengimbas cap jari terbina pada skrin yang dikatakan sedang dibangunkan oleh gergasi-gergasi pengeluar telefon pintar ini.

Sumber: Ard Boudeling

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY