Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meizu MWC 2025

Meizu Akan Pamer Ekosistem AI Di MWC 2025 Barcelona

Diterbitkan Februari 27, 2025 oleh Amsyar Latif

Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2025) akan berlangsung dari 3 hingga 6 Mac di Barcelona, Sepanyol, dan Meizu bakal mempersembahkan ekosistem AI penuhnya buat pertama kali dengan tema “AI Illuminates a Better Life”.

Syarikat ini akan mempamerkan teknologi Flyme AIOS yang meliputi tiga bidang utama: cermin mata pintar, telefon pintar, dan kereta pintar, serta produk lain seperti jam tangan pintar dan tablet.

Sebagai jenama di bawah DreamSmart Group, Meizu terus berkembang dalam teknologi pintar. Di MWC 2025, mereka akan memperkenalkan siri telefon baharu seperti Meizu Note 22, Note 22 Pro, Mblu 22 dan Mblu 22 Pro, selain cermin mata StarV AR yang popular di China.

Meizu Akan Pamer Ekosistem AI Di MWC 2025 Barcelona
(PRNewsfoto/Meizu)

Mereka juga bekerjasama dengan China Mobile dan China Unicom untuk memperkenalkan lebih banyak produk ekosistem pintar AloT.

MWC 2025 dengan tema “Converge, Connect, Create” akan menjadi platform bagi Meizu untuk mengukuhkan kehadiran globalnya.

Kini, telefon pintar Meizu dijual di lebih 30 negara, manakala cermin mata XR mendapat sambutan di Amerika Utara dan Eropah.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif
  • Perisian 3D Dari Dassault Systèmes Akan Tersedia Untuk VR Apple Vision Pro
  • "Clicks" Kini Tersedia Untuk Telefon Siri Pixel 9 Dan Galaxy S25

Sumber: Meizu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY