Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpeg-optimizer_DSC00446 (1)

Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif

Diterbitkan Disember 10, 2024 oleh Rushsyafizal

Meizu kembali ke pasaran Malaysia dengan kerjasama eksklusif bersama SWAP Asia, menawarkan empat model telefon pintar baharu yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Model-model terkini Meizu dikuasakan oleh Flyme OS untuk pengalaman pengguna yang lebih intuitif. Setiap model direka untuk menampilkan kombinasi prestasi tinggi, keupayaan kamera canggih, dan ciri pintar seperti bateri tahan lama dan pengecasan pantas.

Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif
Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif
Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif

Meizu Note 21 merupakan telefon bajet dengan paparan HD+ 6.74”, kamera utama 50MP, dan dibekalkan bateri berkapasiti 6000mAh. Harga bermula dari RM549. Tersedia dengan warna Titan Blue, Titan Black, dan Angel White.

jpeg-optimizer_DSC00446 (1)
jpeg-optimizer_DSC00872 (1)
jpeg-optimizer_DSC00947 (1)

Meizu Note 21 Pro hadir dengan paparan FHD+ 6.78” dengan kadar penyegaran 120Hz, kamera 64MP, dan cip Mediatek G99. Harga RM699 dengan penawaran warna seperti Hawkeye Blue, Hitam, dan Putih.

Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif
Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif
jpeg-optimizer_3 (1)

Meizu Mblu 21 merupakan peranti bajet dengan paparan 6.79”, kamera utama 13MP, dan bateri tahan lama. Berharga RM399 dengan penawaran pemilihan warna seperti Oceanic Blue, Pearl White, dan Stellar Black.

Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif
Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif
Meizu Kembali Ke Malaysia, SWAP Asia Jadi Pengedar Eksklusif

Meizu 21 merupakan peranti utama dengan paparan AMOLED, kamera utama 200MP, dan Snapdragon 8 Gen 3. Harga RM1,999 (256GB) atau RM2,299 (512GB). Tersedia dengan warna seperti Infinite Black, Dynamic Purple, dan Meizu White.

Untuk perlindungan tambahan, SWAP Asia memperkenalkan Swap Protect, meliputi jaminan sehingga 2 tahun dan perlindungan skrin. Untuk maklumat lanjut sila layari swap-asia.com/brands/meizu.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • 'Snake Game' Boleh Dimainkan Dari Widget Telefon Nothing
  • PUBG MOBILE x American Tourister, Pemain Boleh Dapat Item Ini Untuk Masa Terhad
  • Jualan Akhir Tahun HUAWEI 12.12 Kini Bermula, Watch GT 4 Serendah RM699
  • iPhone SE 4 Dikatakan Akan Dilengkapi 48MP Kamera Belakang, 12MP Swafoto

Sumber: Siaran media SWAP Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY