Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian 3D Dari Dassault Systèmes Akan Tersedia Untuk VR Apple Vision Pro

Perisian 3D Dari Dassault Systèmes Akan Tersedia Untuk VR Apple Vision Pro

Diterbitkan Februari 27, 2025 · Dikemas kini Februari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Dassault Systèmes, sysarikat terkemuka dalam pembangunan perisan 3D untuk industri mengumumkan 3D UNIV+RSES, yang dikuasakan oleh platform 3DEXPERIENCE, akan memanfaatkan teknologi spatial computing melalui aplikasi baharu “3DLive” di visionOS, Apple Vision Pro yang dijangka akan tersedia musim panas ini.

Bagi merealisasikan inovasi ini, Dassault Systèmes bekerjasama dengan Apple untuk mengintegrasikan Apple Vision Pro ke dalam generasi baharu platform 3DEXPERIENCE.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Dassault Systèmes bagi memperkasa platform 3DEXPERIENCE dengan keupayaan pengkomputeran spatial, membolehkan jurutera dan pereka bentuk menghidupkan reka bentuk 3D dengan cara yang sebelum ini tidak dapat dilakukan.” Mike Rockwell, Naib Presiden Kumpulan Produk Vision Apple.

Aplikasi 3DLive menawarkan pengalaman kembar digital (Virtual Twin Experience) divisualisasikan dalam ruang fizikal pengguna, kolaborasi masa nyata dalam persekitaran yang realistik.

Perisian 3D Dari Dassault Systèmes Akan Tersedia Untuk VR Apple Vision Pro

Memanfaatkan teknologi Vision Pro seperti kamera dan sensor canggih membolehkan interaksi tepat antara model 3D dengan dunia nyata.

Kerjasama ini memberikan manfaat kepada pelbagai industri, membolehkan pelanggan memanfaatkan 3D UNIV+RSES untuk pemodelan, simulasi, pembuatan, latihan dan operasi dengan ketepatan saintifik.

Selain itu, Dassault Systèmes turut melancarkan aplikasi “HomeByMe Reality” untuk Apple Vision Pro, yang membolehkan pengguna meneroka dan menggambarkan reka bentuk dalaman rumah serta melawat hartanah secara maya.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Majorana 1 – Langkah Microsoft Menuju Komputer Kuantum Paling Berkuasa
  • Permainan Konsol Dan PC 'Upin & Ipin Universe' Akan Dilancarkan Tahun Ini

Sumber: Dassault Systèmes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY