Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meizu 16 Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin, Dilancarkan Pada 26 Ogos Ini

Meizu 17 Akan Dikuasakan Oleh Qualcomm Snapdragon 865

Diterbitkan Disember 24, 2019 · Dikemas kini Disember 24, 2019 oleh ariff bukhari

Antara model telefon pintar premium terbaru yang akan dilengkapi dengan SD 865 tahun hadapan.

Meizu memaklumkan bahawa model telefon pintar premium terbaru mereka  iaitu Meizu 17 akan menjadi antara peranti Android terawal yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865 .

Ia dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Meizu, Liang Dongming alam satu temubual baru-baru ini.

Beliau juga memaklumkan, mereka akan memperkenalkan sebanyak 4 model terbaru telefon pintar 5G dalam tahun 2020 nanti.

Ketika ini, model premium peranti mereka iaitu Meizu 16 dikuasakan oleh Snapdragon 710.

Meizu merupakan antara pengeluar telefon pintar dari China yang sedang meningkat naik. Mereka popular dengan penawaran peranti berprestasi pada harga yang mampu milik.

Qualcomm telah pun mengumumkan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu Snapdragon 865  yang akan mula digunakan pada barisan model telefomn pintar premium tahun hadapan.

Antara pengeluar terawal yang disahkan akan menggunakan SD 865 dalam peranti mereka termasuklah Oppo, Xiaomi dan Vivo.

Setakat ini, prestasi Snapdragon 865 menjanjikan peningkatan kuasa pemprosesan sehingga 25% dari versi sebelumnya dan dijangka akan mampu menyaingi cip pemprosesan A13 Bionic dari Apple.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY