Vivo Sah Jadi Antara Yang Pertama Guna Snapdragon 865 5G

Baru-baru ini di Snapdragon Tech Summit yang bertempat di Hawaii, dapat kita saksikan Qualcomm telah mengumumkan kehadiran cip generasi seterusnya yang berkelas flagship, iaitu Snapdragon 865.

Platform baru yang diperkenalkan ini akan membawa teknologi 5G dan AI yang berprestasi tinggi. Qualcomm Tech turut mengumumkan bahawa vivo akan menjadi jenama telefon pintar yang pertama menggunakan Snapdragon 865 5G tersebut.

Snapdragon 865 dengan Sistem Modem-RF X55 5G ini bakal menyokong kelajuan 5G tersebut sehingga 7.5 Gbps. Di samping itu, ISP yang lebih pantas juga boleh mencapai pemprosesan kelajuan sehingga 2 gigapixel sesaat. Ia juga menyokong kamera 200MP berserta rakaman video 8K.