Ujian Prestasi Grafik Snapdragon 865 Mengatasi Grafik A13 Bionic Tapi...

Prestasi keseluruhan SD 865 masih belum menandingi cip pemprosesan iPhone 11.


Laman teknologi  Tom's Guide yang telah menerima peranti rujukan yang dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Snapdragon 865 dari pihak Qualcomm telah melaporkan hasil ujian awal prestasi bagi cip terbaru itu.

Berdasarkan kepada laporan tersebut Tom's Guide mendapati kuasa grafik cip pemprosesan Snapdragon 865 telah berjaya mengatasi prestasi grafik cip Apple A13 Bionic yang digunakan pada iPhone 11 Pro Max.

Skor prestasi yang diperolehi Snapdragon 865 adalah sebanyak 7,090. Jauh meninggalkan prestasi grafik yang dipegang oleh A13 Bionic sebelum ini.

Kapsyen: Hasil ujian prestasi grafik Snapdragon 865 berbanding beberapa peranti premium lain oleh Tom's Guide yang menggunakan 3DMark's Sling Shot Extreme Open GL. Kredit: Tom's Guide

Walaubagaimanapun...


Sungguh pun Snapdragon 865 cemerlang dari prestasi grafik, bagi ujian prestasi pengekodan video, kuasa pemprosesan Snapdragon 865 masih belum dapat menandingi prestasi cemerlang yang dicapai oleh cip Apple.

Cip A13 Bionic masih lagi yang terpantas dalam menjalankan tugasan tersebut.

Kapsyen: Hasil ujian kepantasan pengkodan video oleh Tom's Guide menggunakan aplikasi Adobe Rush bagi transkod video 4K video kepada 1080p. Kredit: Tom's Guide


Namun begitu, menerusi ujian prestasi Geekbench 5, Snapdragon 865 menerima skor sebanyak 3,463. Jumlah itu jauh meninggalkan prestasi yang dicapai oleh peranti yang menggunakan Snapdragon 855.

Tetapi skor Snapdragon 865 hanya sedikit sahaja dibelakang A13 Bionic yang mendapat skor sebanyak 3,517.

Kapsyen: Kredit: Tom's Guide


Apa yang dapat disimpulkan daripada ujian awal oleh laman Tom's Guide terhadap prestasi Snapdragon 865 ini adalah ia menunjukkan Qualcomm sudah hampir menandingi kehebatan prestasi cip yang dibangunkan Apple untuk iPhone.

Qualcomm sebelum ini menjanjikan Snapdragon 865 akan menjadi nadi kepada peranti pintar premium tahun 2020 nanti seperti Samsung Galaxy S11, OnePlus 8 dan Google Pixel 5.

Jadi, untuk peranti Android menandingi iPhone 11 terpaksalah tunggu tahun hadapan.

Sumber: Tom's Guide