Meiigoo Bandingkan Mate 10 Mereka Dengan Mate 10 Huawei

Meiigoo, satu lagi pengeluar peranti telefon pintar dari Shenzhen, China mengeluarkan peranti mereka yang diberi nama Mate 10. Bukan setakat nama yang serupa tetapi rekaan luar juga mirip seperti peranti yang dikeluarkan oleh Huawei, Mate 10 dan Mate 10 Pro. Mereka juga tanpa segan silu telah membandingkan spesifikasi antara Mate 10 keluaran mereka dengan Mate 10 Huawei. Sebelum itu, mari kita lihat rekaan peranti mereka terlebih dahulu.



Saling tak tumpah macam Mate 10 Huawei kan? Bezanya hanya pengimbas cap jari Mate 10 Meiigoo diletakkan di bahagian belakang berbanding Mate 10 Huawei berada di panel depan.

Dari segi spesifikasi pula, Meiigoo menggunakan skrin paparan 5.72 inci HD+ dengan resolusi 1440 x 720. Mate 10 Huawei pula mengenakan skrin paparan berukuran 5.9 inci QHD dengan resolusi 2560 x 1440. Jelas Huawei memenangi perbandingan skrin paparan dengan menawarkan paparan yang sedikit besar tetapi resolusi yang lebih tinggi. Hasilnya, paparan tampak lebih menarik di dalam peranti Huawei Mate 10.



Bahagian cip pemprosesan pula, Mate 10 Meiigoo menggunakan cip dari MediaTek iaitu Helio P23 64-bit 8 teras manakala Huawei menggunakan cip mereka iaitu Kirin 970. Umum mengetahui cip Kirin dalam kelas tersendiri dan boleh dikatakan antara yang berkuasa untuk tahun lepas. Jadi Huawei menang besar dari segi cip pemprosesan. Di bawah kita dapat lihat perbandingan dalam bentuk jadual:











































  Meiigoo Mate 10 Huawei Mate 10
Cip SoC MediaTek Helio P23 Kirin 970
Skrin Paparan (Resolusi) 5.72 inci HD+ (1440 x 720) 5.9 QHD (2560 x 1440)
Kamera utama (depan) 16 MP & 5 MP (13 MP & 5 MP) 20 MP & 12 MP (8 MP)
Memori RAM,ROM 6GB,128GB 6GB,128GB
Bateri 3,500 mAh 4,000 mAh
Versi Android 7 (Nougat) 8 (Oreo)
Fungsi Lain Pengecasan pantas 5V/2A

Pengimbas cap jari belakang
Super charging

Pengimbas cap jari hadapan

Kalau dibandingkan spesifikasinya, Huawei muncul sebagai pemenang untuk hampir keseluruhan kategori tetapi untuk harga pula, Mate 10 Huawei dijual melebihi RM 2,600 manakala Mate 10 Meiigoo dijual dengan harga permulaan kurang dari RM 1,000, satu perbezaan yang sangat ketara.

Sumber