Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MediaTek Fokus Cip Bercirikan Teknologi AI Dan Pengecaman Wajah Untuk Tahun 2018

Posted on Disember 30, 2017Disember 30, 2017

Imbas kembali pada November lepas, MediaTek ada menyatakan mereka akan berhenti seketika dalam menghasilkan cip kelas atasan dan akan memberikan fokus penuh kepada cip peranti kelas pertengahan.

Hal itu mungkin disebabkan dari cip Helio X30 yang dilihat kurang mendapat sambutan dari pengeluar telefon pintar kecuali Meizu yang melengkapkannya pada model Pro 7 Plus.

Bagi menghadapi saingan dari pembangun cip lain, MediaTek menerusi Timbalan Pengurus Besar, Kuan Chou Chen telah mendedahkan syarikatnya bakal melancarkan dua cip siri P bagi tahun 2018.

Menurut Chen, kedua-dua cip itu akan memfokuskan teknologi AI disamping ciri-ciri perkomputeran yang canggih. Selain daripada itu, sokongan kepada ciri pengecaman wajah juga akan diterapkan dalam penghasilan cip pemprosesan berkenaan.

Pengumuman yang dibuat dengan pihak media itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci prestasi yang bakal hadir pada dua cip yang disebutkan.

Ketika ini, cip pemprosesan prestasi tinggi keluaran MediaTek adalah Helia P30 tetapi tidak banyak peranti yang dikuasakan dengannya.

Sumber: ePrice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress