Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity 8300_3

MediaTek Perkenal Dimensity 8300 – Keupayaan AI Generatif, Lebih Cekap Tenaga

Diterbitkan November 21, 2023 oleh Amalina Athman

MediaTek hari ini mengumumkan cip terbaharu, iaitu Dimensity 8300, yang menawarkan naik taraf prestasi serta keupayaan AI Generatif.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • MediaTek Umum Dimensity 9300, Ini Yang Perlu Diketahui
  • Siri vivo X100 Dilancar, Telefon Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 9300

Dibina berasaskan proses 4nm generasi ke-2 TSMC, Dimensity 8300 menampilkan teras Performance 4x Arm Cortex-A715 yang mencatat kelajuan sehingga 3.35GHz bersama teras Efficiency 4x Arm Cortex-A510 pada kelajuan sehingga 2.2GHz.

Kesemua lapan teras CPU adalah berasaskan seni bina Armv9 dan MediaTek mendakwa ia menawarkan prestasi CPU 20% lebih pantas dan 30% cekap tenaga berbanding Dimensity 8200.

MediaTek Dimensity 8300_2

Dari segi kemampuan grafik, naik taraf GPU Arm Mali-G615 MC6 memberikan prestasi sehingga 60% lebih baik dan 55% kecekapan kuasa pada kelajuan puncak, berbanding generasi sebelumnya.

Sebagai tambahan, Dimensity 8300 juga menyokong memori RAM LPDDR5x Quad-channel pada kelajuan 8,533Mbps dan storan UFS 4.0 dengan sokongan Multi-Circular Queue (MCQ).

APU 780 di dalam Dimensity 8300 menjadikannya cip pertama dalam kelasnya yang menyokong AI Generatif dengan Stable Diffusion dan sokongan LLM sehingga 10B parameter. Selain itu, ISP Imagiq 980 menyokong sensor kamera sehingga 320MP dan rakaman video 4K60 HDR.

MediaTek Perkenal Dimensity 8300 – Keupayaan AI Generatif, Lebih Cekap Tenaga

Dari segi sambungan, Dimensity 8300 diintegrasi modem 5G dengan sokongan dwi-mod 5G pada kelajuan puncak sehingga 5.17Gbps melalui rangkaian sub-6GHz. Cip ini juga dilengkapi Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.

Menurut MediaTek, peranti 5G dengan janaan cip Dimensity 8300 dijangka akan dilancarkan untuk pasaran global sebelum akhir tahun 2023.

Sumber: MediaTek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY