Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-14T114646.521

MediaTek Dilapor Sedang Bangunkan Cip ARM Untuk Microsoft

Diterbitkan Jun 14, 2024 oleh Muhd Idham

Seperti yang pernah dikemukakan sebelum ini, Microsoft telah pun melancarkan produk komputer riba mereka iaitu Surface Laptop dan Surface Pro dengan penguasaan cip Qualcomm, siri Snapdragon X.

Microsoft ‘Auto Super Resolution’ Tidak Terhad Kepada Cip Qualcomm
Surface Laptop 7 (13.8″)
Microsoft ‘Auto Super Resolution’ Tidak Terhad Kepada Cip Qualcomm
Surface Pro 11 (2-in-1)

Untuk pengetahuan anda, Snapdragon X Plus dan X Elite dibina dengan kaedah binaan ARM86 SoC.

Sama juga untuk NVIDIA dan AMD, kedua-dua syarikat teknologi ini dahulu telah dilaporkan sedang berada dalam fasa pembinaan CPU untuk menjalankan sistem pengendalian Windows Microsoft menggunakan teknologi binaan ARM.

Namun, ketersediaannya pula dijangka tiba pada tahun 2025.

Seiring dengan perkembangan ini, MediaTek juga yang dahulunya terkenal dengan pembekal cip pemprosesan untuk peranti mudah alih kini dilapor sedang melibatkan diri dalam industri pembuatan cip untuk peranti PC dan ia bermula dengan Microsoft AI PC.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak iaitu MediaTek dan Microsoft enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini.

Akan tetapi, cip MediaTek untuk PC ini dijangka akan dilancar pada akhir tahun 2025, sejurus selepas tamat tempoh tawaran pembekalan cip PC daripada Qualcomm untuk produk Microsoft.

Perkara ini bermula pada tahun 2016 di mana Microsoft telah berhubung dengan Qualcomm untuk melanjutkan pembinaan penguasaan sistem operasi Windows berasaskan ARM, sekali gus menerapkan ciri ketahanan bateri dalam produk Microsoft PC.

Namun, perjanjian antara kedua- dua pihak tersebut akan habis setelah tamat tahun 2024 dan membekalkan ilmu binaan ARM kepada Qualcomm.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Uniqlo Meraikan Ulang Tahun Ke-25 One Piece Dengan Siri Grafik Baju-T Mengagumkan
  • Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE
  • Lebih Mudah, iOS 18 Tambah Butang 'Power' Baharu
  • Pemain Konsol PS5 Dah Boleh Guna Discord Secara Terus

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY