Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Surface Laptop 7th Edition

Microsoft Surface Laptop Dan Surface Pro Baharu Dilancar, Kini Dipacu Snapdragon X

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft hari ini melancarkan model terbaru Surface Laptop dan Surface Pro yang kini dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon® X Plus dan X Elite.

Malah kuasa grafik juga dipacu Qualcomm® Adreno™.

Surface Laptop

Surface Laptop hadir dalam 2 varian, Surface Laptop 13.8” dan Surface Laptop 15” dengan ciri skrin sentuh Corning ® Gorilla® Glass 5.

Ia juga menyokong RAM sehingga 32GB dan kapasiti storan SSD 1TB yang boleh ditukar.

Microsoft Surface Laptop Dan Surface Pro Baharu Dilancar, Kini Dipacu Snapdragon X
Surface Laptop baharu ini kini tersedia dengan sokongan WiFi 7.

Surface Laptop 13.8” dijual dengan harga bermula USD999.99 (~RM4,700) dan Surface Laptop 15” bermula USD1,299 (~RM6,100).

Surface Pro

Surface Pro pula adalah peranti 2 dalam 1 edisi ke-11 bagi sirinya. Menyokong sambungan WiFi 7 dan Bluetooth 5.4, hayat baterinya pula bertahan sehingga 14 jam.

Microsoft Surface Laptop Dan Surface Pro Baharu Dilancar, Kini Dipacu Snapdragon X

Surface Pro ditawar dalam varian Snapdragon X Plus dengan paparan LCD yang berharga dari USD999.99 (~RM4,700) dan varian Snapdragon X Elite dengan paparan OLED yang berharga dari USD1,499 (~RM7,039).

Untuk info lanjut tentang Surface Laptop dan Surface Pro baharu ini, layari laman rasmi https://www.microsoft.com/en-us/surface.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY