Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Mudah, iOS 18 Tambah Butang ‘Power’ Baharu

Lebih Mudah, iOS 18 Tambah Butang ‘Power’ Baharu

Diterbitkan Jun 14, 2024 ยท Dikemas kini Jun 14, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak ketiadaan butang ‘Home’ pada iPhone, ciri mematikan peranti menjadi lebih rumit berbanding sebelumnya. Malah, Apple turut menyediakan halaman sokongan untuk mengajar cara melakukannya.

Berkaitan

  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • iOS 18 Akan Paparkan Waktu Walaupun iPhone Dimatikan

Bagi iPhone yang mempunyai butang ‘Home’, pengguna hanya perlu tekan lama pada butang sisi dan seret peluncur yang terpapar pada skrin.

Akan tetapi, butang sisi pada iPhone dengan Face ID kini digunakan untuk memanggil Siri. Berikutan itu, pengguna perlu tekan lama secara serentak pada butang sisi dan butang kelantangan, atau sebaliknya pergi ke Settings > General > Shut Down untuk mematikan peranti.

Butang ‘Power’ dalam iOS 18

Perubahan kecil itu nampaknya menimbulkan kekeliruan bagi sebilangan pengguna, sehinggakan mendorong Apple menambah butang kuasa khusus dalam iOS 18.

butang power iOS 18

Penambahan yang ‘tidak didendang’ itu tersedia pada Control Center – terletak di penjuru kanan sebelah atas. Lebih memudahkan, pengguna hanya perlu klik butang tersebut dan seret peluncur kuasa yang terpapar pada skrin untuk mematikan iPhone.

Selain butang khusus ini, Apple turut menyediakan sejumlah penambahbaikan Control Center dalam iOS 18. Berbanding sebelumnya, iOS 18 menyediakan Control Center tersuai yang membolehkan pengguna menambah kawalan daripada aplikasi pihak ketiga, mengubah saiz atau meletakkannya dalam kumpulan kawalan.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY