Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (33)

Nak Lawan Apple, NVIDIA Dan AMD Rancang Hasilkan CPU Berasaskan Arm

Diterbitkan Oktober 27, 2023 oleh Muhd Idham

NVIDIA kini telah memulakan persediaan secara dalaman untuk CPU generasi seterusnya yang akan menggunakan seni bina Arm. Syarikat ini bukan sahaja mahu menandingi Intel tetapi juga Apple dalam kategori pelanggan yang telah meletakkan cip berasaskan Arm sebagai asas yang kukuh bagi peranti seperti dekstop dan komputer riba mereka.

Berdasarkan laporan, NVIDIA secara senyap telah membentuk CPU yang akan menjalankan sistem pengendalian Windows Microsoft dengan menggunakan teknologi daripada Arm Holdings.

Sehubungan dengan itu, AMD juga dilaporkan sedang menghasikan CPU dengan menggunakan teknologi Arm. AMD menekankan bahawa CPU berasaskan Arm mereka akan diletakkan setaraf dengan CPU x86 di ruang pasaran PC Ryzen.

Teknologi CPU berasaskan Arm ini bukanlah teknologi pertama yang dihasilkan oleh NVIDIA dan AMD. Sebagai contoh, CPU NVIDIA Grace untuk HPC/AI dihasilkan berasaskan seni bina teras CPU Arm Neoverse N2 dan setanding dengan CPU x86 pada masa kini.

Nak Lawan Apple, NVIDIA Dan AMD Rancang Hasilkan CPU Berasaskan Arm
CPU NVIDIA Grace

Sama untuk AMD, Jim Keller yang merupakan bekas pereka cip untuk AMD tidak gemar dengan tindakan AMD membatalkan projek CPU K12 ARM. Tujuan mereka adalah untuk fokus pada x86 walaupun sekarang mereka kembali memberi peluang kepada teknologi Arm untuk digunakan dalam keluaran cip CPU AMD yang akan datang sama ada dalam bentuk tunggal Arm ataupun hibrid x86/Arm.

Berdasarkan laporan yang dibuat, NVIDIA dan AMD dijangka mengeluarkan produk CPU berasaskan Arm mereka pada tahun 2025 sekaligus memperkuatkan lagi nama mereka di dalam pasaran PC.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober
  • Siri Anime One Piece Akan Boleh Distrim 24/7 Percuma Setahun
  • Perisian Hasad Intip Ini Kembali, Rekod Audio Dan Panggilan Telefon Android

Sumber: Wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY