Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Watch FE

Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE

Diterbitkan Jun 14, 2024 · Dikemas kini Jun 14, 2024 oleh Amalina Athman

Samsung kini mengumumkan penambahan baharu dalam barisan jam pintarnya, iaitu Galaxy Watch FE.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Samsung Galaxy Ring Mungkin Hadir Dengan Pelan Langganan Bulanan

Menyentuh spesifikasi, Galaxy Watch FE tersedia dalam saiz 40mm dengan model Bluetooth sahaja dan LTE. Paparan Super AMOLED-nya berukuran 1.2-inci dengan binaan aluminium. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Black, Pink Gold dan Silver.

 

Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE
Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE
Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE

Jam pintar ini dikuasakan pemproses Exynos W920 bersama gandingan 1.5GB RAM dan 16GB storan. Lain-lain termasuk bateri 247mAh, sokongan Bluetooth 5.3, Wi-Fi, NFC, dan GPS, penarafan IP68 dengan kalis air 5ATM serta menjalankan One UI 5 Watch.

Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE
Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE
Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE

Menurut Samsung, Galaxy Watch FE boleh menjejaki lebih 100 senaman serta menawarkan ciri seperti analisis larian lanjutan dan Personalized Heart Rate Zone yang boleh disuaikan mengikut keupayaan fizikal pengguna.

Terdapat juga ciri komposisi badan untuk menganalisis data badan dan kecergasan yang komprehensif serta menghantar mesej motivasi kepada pengguna.

002-kv-product-galaxy-watch-fe-main-2p (2)

Buat masa ini, belum lagi diketahui harga jualan dan ketersediaan untuk pasaran Malaysia.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cll9rmh
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cll9rm0

Sumber: Samsung Newsroom

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY