Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
one piece 25 (2)

Uniqlo Meraikan Ulang Tahun Ke-25 One Piece Dengan Siri Grafik Baju-T Mengagumkan

Diterbitkan Jun 13, 2024 · Dikemas kini Jun 13, 2024 oleh ariff bukhari

Sempena dengan sambutan ke-25 tahun siri anime popular One Piece, Uniqlo akan melancarkan siri baju-t dengan grafik istimewa bertemakan anime tersebut.

Terdapat sebanyak 8 reka bentuk yang berbeza, setiap satu berdasarkan tema berbeza yang berkaitan dengan rentak emosi cerita yang bermula dengan “Keazaman,” yang mengandungi pengisytiharan Luffy “Saya akan menjadi raja lanun!”

one piece 1
one piece

Seterusnya adalah baju-t dengan “Rakan” atau “Nakama,” dengan grafik yang menghimpunkan krew Topi Jerami  datang bersama-sama dengan “tanda persekutuan kita”.

one piece 2
one piece 3

Lain-lain rekaan baju-t Uniqlo bertemakan sambutan ulang tahun ke-25 One Piece adalah seperti berikut:

one piece 4
one piece 5
one piece 6
one piece 7

Turut ditawar adalah rekaan khas yang tersedia untuk pakaian kanak-kanak.

one piece 8
one piece 9

Jualan baju-t Uniqlo bertema One Piece 25 tahun ini akan tersedia di stor Uniqlo di seluruh Malaysia bermula 22 Julai 2024 akan datang dengan harga RM39.90 bagi saiz kanak-kanak dan RM59.90 bagi saiz dewasa.

Ketahui lebih lanjut tentang Uniqlo X One Piece ini dengan layari TV animation ONE PIECE 25th | UNIQLO Malaysia.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Filem Aksi Langsung "Cells At Work!" Dibikin, Tonton Treler Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY