Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MDEC Lancar Bantuan Kecemasan Untuk Petugas Barisan Hadapan #DIGITALVSCOVID

MDEC Lancar Bantuan Kecemasan Untuk Petugas Barisan Hadapan #DIGITALVSCOVID

Diterbitkan April 14, 2020 oleh Amalina Athman

Pada masa ini, sebahagian besar daripada kita melakukan aktiviti kerja dari rumah atau mengekalkan jarak sosial berikutan penularan pandemik Covid-19. Namun, petugas barisan hadapan pula mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan negara dan rakyat yang terjejas kembali pulih.

Wira-wira yang tidak didendang ini mengorbankan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memerangi penularan wabak pandemik ini. Memandangkan bilangan kes meningkat, bekalan peralatan perubatan dan peralatan perlindungan (PPE) semakin berkurangan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah melalui sidang media yang berlangsung semalam, PPE yang ada pada masa ini hanya mampu bertahan sekitar dua minggu.

DigitalVsCovid

Oleh itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) serta syarikat platform ‘Crowdfunding’ tempatan telah melancarkan kutipan dana bantuan bagi membantu mempersiapkan kelengkapan keselamatan untuk petugas barisan hadapan negara.

Melalui kutipan dana ini, MDEC menyasarkan 200,000 unit sarung PPE/ICU, 2 juta helai penutup mulut & hidung 3 lapis, 20,000 unit pakaian ruang udara, 100,000 penghadang muka dan lain-lain keperluan perubatan untuk petugas barisan hadapan.

Untuk memberikan sumbangan, layari Global Sadaqah. Bagi sumbangan RM500 ke atas untuk kempen ini akan diberikan resit pengecualian cukai.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY