Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data ATM digodam

MCMC Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat Dan Rangkaian Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia

Diterbitkan Disember 9, 2024 ยท Dikemas kini Disember 9, 2024 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara rasmi menerbitkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (Guidelines on Information and Network Security for the Communications and Multimedia Industry (INSG).

Kerangka menyeluruh ini dirangka untuk meningkatkan keselamatan maklumat dan rangkaian serta daya tahan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat masa ini.

Namun demikian, MCMC menggalakkan pihak industri mengguna pakai amalan terbaik ini di dalam pengoperasian mereka sebagai sebahagian daripada langkah-langkah proaktif mereka dalam memperkukuh keselamatan siber bagi industri komunikasi dan multimedia.

MCMC menyatakan bahawa, INSG bukan bertujuan untuk menambah peraturan baharu, tetapi sebaliknya bertujuan meningkatkan keupayaan dan ketersediaan Penyedia Perkhidmatan dalam mengurus risiko siber, mengurangkan kebocoran data, meminimumkan gangguan melalui pengukuhan infrastruktur rangkaian, serta melindungi pengguna-pengguna daripada ancaman dalam talian.

Semasa fasa pembangunan INSG, MCMC telah secara aktif melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk firma keselamatan siber, perunding keselamatan, pemegang lesen (termasuk penyedia pusat data dan penyedia perkhidmatan awan), kementerian, agensi kerajaan, badan kawal selia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, dan forum di bawah MCMC.

Maklum balas, cadangan, dan pandangan yang diberikan telah dinilai dengan teliti dan yang mana bersesuaian, telah diserap ke dalam INSG.

Pendekatan inklusif dan telus ini mencerminkan komitmen MCMC untuk memastikan garis panduan ini memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan di samping memastikan amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan siber dipatuhi.

MCMC berpandangan bahawa INSG merupakan satu langkah penting dalam melindungi ekosistem digital Malaysia, memastikan infrastruktur rangkaian yang selamat dan berdaya tahan untuk semua.

Langkah ini mencerminkan usaha berterusan MCMC untuk menangani cabaran dalam landskap siber yang semakin kompleks sambil memupuk kepercayaan dan keselamatan dalam persekitaran digital negara.

Berkaitan

  • TikTok Jamin Kerjasama Dengan MCMC, BNM Untuk Tangani Buli Siber Dan Ancaman Scam - PM
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • PDRM, MCMC Kerjasama Tumpaskan Sindiket Sebar SMS Palsu Guna 'Fake BTS'

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY