Dalam sesi webinar yang berlangsung di halaman Facebook Amaran Scam itu, pelbagai isu telah menjadi topik perbincangan termasuklah mengenai tindakan yang perlu dilakukan dengan segera, sekiranya menyedari duit dalam akaun bank telah lesap.
{suggest}
Mungkin ramai yang tertanya, jika situasi itu berlaku, pihak mana yang perlu dihubungi terlebih dahulu? Sama ada institusi kewangan atau pihak polis. Oleh itu, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil dengan kadar segera, jika terdapat transaksi bank yang meragukan:
1. Maklumkan kepada bank anda dengan kadar segera. Sebaiknya adalah dengan cara menelefon bank berkenaan, di mana nombor telefon boleh didapati melalui laman sesawang rasmi perbankan atau di belakang kad ATM.
2. Hubungi talian berikut:
- CCID Scam Response Centre melalui 03-2610 1559/1599
- BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465
3. Akhir sekali, laporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna turut dinasihati untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi dari sumber yang tidak sah seperti fail APK dan sebagainya. Jika mendapati laman web yang mencurigakan, anda juga diminta untuk tidak memasukkan butiran bank.
Berkaitan
- TikTok Akan Menyekat Kandungan Yang Mempunyai Unsur Skim Piramid Dan MLM
- AirAsia Tawar Tempahan Penerbangan Dan Hotel Secara Kombo Melalui SNAP
- Maybank EzyQ Diperkenalkan, Sistem Janji Temu Dalam Talian Untuk Berurusan Di Maybank
- Xiaomi Mi 11 Rasmi Akan Dilancarkan Pada 28 Disember Ini
- Facebook Kini Benarkan Pengguna Hapus Kiriman Secara Pukal
- Rasmi: Acara Galaxy Unpacked Akan Berlangsung Pada 14 Januari 2021
- Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk POCO X3 Pro
- Anda Kini Boleh Mematikan Fungsi 'Auto-Play' Video Trailer di Netflix
- YouTube Bakal Lancar Pesaing Tiktok, 'Shorts' Akhir Tahun Ini
- Friendster Pernah Tolak Tawaran Google Untuk Dibeli Pada Nilai USD30 Juta