Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
scammer sms tnb

KPDNHEP: ‘Scammer’ Hantar SMS Kononnya TNB Beri Pampasan Akibat Gangguan Bekalan Elektrik

Diterbitkan Ogos 3, 2022 · Dikemas kini Ogos 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

KPDNHEP menguar-uarkan sebuah lagi bentuk scam melalui SMS. Dalam SMS ini, ia mengatakan TNB akan menyalurkan bantuan pada mereka yang terkesan akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri pada minggu lalu.

Bantuan tersebut kononnya disalurkan melalui akaun TNG eWallet. Justeru, meminta pengguna klik pautan disertakan dalam SMS.

Jangan klik pautan tersebut kerana ia helah memperdaya anda memasukkan data.

Modus operandi ini sebenarnya sama dengan taktik digunakan mereka sebelum ini, seperti dikongsi PDRM. Bezanya, mereka menggunakan nama MySejahtera sebelum ini.

May be an image of text that says 'KEMENTER.ANPERDAGANGANER AM NEGERI DAN ENGGUNA AWASSCAER AWAS SCAMMER! Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak belum menyediakan apa-apa saluran rasmi bagi tujuan pampasan kepada pelanggan yang terjejas akibat ketiadaan elektrik tempoh hari 19:53 Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa BERHATI-HATI dengan taktik licik dan tipu daya Scammer yang suka mengambil kesempatan dalam kesulitan መമ.ፍ.45% 15454 RMO TNB: Rakyat yang terlibat putus bekalan elektrik akan menerima RM100 pampasan kepada warganegara TNG Wallet. Sila semak Danrdksouchngologin.cm JANGAN KLIK! INI PALSU TENAGA NASIONAL KPDNHEP'

Pautan tersebut ditaip “https://touchngologin.cc/“, yang boleh buatkan orang ramai percaya bahawa pautan tersebut tulen daripada pihak Touch ‘n Go sendiri.

Pada pandangan saya, Touch ‘n Go juga perlu memaklumkan melalui media sosial tentang penipuan yang menggunakan jenama mereka ini kerana sudah 2 kali hal yang sama berlaku.

Sumber:KPDNHEP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY