Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
platform penstriman

MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan

Diterbitkan Oktober 22, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2026 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Content Forum telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan penstriman bagi memperkukuh pengurusan kandungan digital yang bertanggungjawab di Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan memastikan kandungan yang disiarkan menerusi platform penstriman terus menghormati sensitiviti agama, budaya, kaum dan norma masyarakat tempatan.

Sesi tersebut menghimpunkan pelbagai pemain industri termasuklah Netflix, Apple TV, iQIYI, Viu, Astro GO, Sooka, Unifi TV, Tonton dan MYTV Mana-Mana, selain wakil industri antarabangsa melalui Motion Picture Association (MPA) dan Asia Video Industry Association (AVIA).

Menurut MCMC, platform penstriman digalakkan untuk memperkukuh mekanisme semakan kandungan, melaksanakan sistem pengelasan umur yang jelas, menyediakan kawalan ibu bapa yang berkesan serta memudahkan pengguna mengemukakan aduan berkaitan kandungan yang tidak sesuai.

Langkah ini penting bagi meningkatkan perlindungan pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan muda.

Perbincangan turut melibatkan agensi seperti FINAS dan JAKIM bagi memastikan pematuhan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

MCMC menegaskan bahawa pendekatan kawal selia kendiri dan kerjasama industri akan terus diperkukuh, namun tindakan penguatkuasaan tetap akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang atau peraturan kandungan yang berkuat kuasa.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
©2026 WISER.MY