Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC New Logo_Colour

MCMC Tegas Dalam Melaksanakan Kewajipan

Diterbitkan Ogos 12, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan media menyatakan ketegasan mereka dalam melaksanakan kewajipan berkanun bagi memastikan integriti maklumat dan keharmonian masyarakat.

MCMC berkata, tindakan mereka adalah berpandukan kepada peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dalam menjalankan fungsinya.

Ini termasuk mengambil tindakan yang perlu untuk mencegah perlakuan atau percubaan melakukan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

MCMC juga berkata mereka bertanggungjawab membantu agensi-agensi penguatkuasaan lain dalam menguatkuasakan undang-undang yang tertakluk di bawah bidang seliaan masing-masing.

Setelah pelaksanaan tindakan yang diperlukan bagi mencegah perlakuan atau percubaan melakukan kesalahan, perkara tersebut akan disiasat oleh Suruhanjaya dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

Ekoran itu, Suruhanjaya itu berkata mereka tidak dapat memberikan sebarang ulasan sehingga kes-kes berkenaan selesai.

Kenyataan MCMC ini mungkin merujuk kepada sekatan akses ke atas portal UtusanTV oleh MCMC awal minggu ini.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil juga memaklumkan bahawa beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada MCMC untuk menyekat sesiapa di mana-mana platform.

Berkaitan

  • 2 Individu Didenda RM40 Ribu Jual 'Android Box' Dengan Kandungan Astro Secara Haram
  • Menteri KKD Maklumkan Tidak Arah Sekat Mana-Mana Platform
  • Nisbah Lelaki Di Malaysia Masih Lebih Ramai Dari Wanita Kecuali Bagi 2 Negeri - DOSM

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY