Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Catat Penurunan Langganan, Keuntungan Astro Merosot

2 Individu Didenda RM40 Ribu Jual ‘Android Box’ Dengan Kandungan Astro Secara Haram

Diterbitkan Ogos 9, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang pemilik perniagaan dan pekerjanya seorang jurujual mengaku bersalah menjual kotak TV mengandungi pra-muat kandungan Astro secara tidak sah serta kotak TV tanpa pensijilan SIRIM.

2 Individu itu telah didakwa dan didenda di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (Siber) pada 4 Ogos 2023.

Ia selepas sebanyak 3 kotak android pra-muat dengan kandungan Astro tidak sah dirampas oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial semasa serbuan di sebuah kiosk di Kompleks Emart, Kuala Lumpur.

Pemilik kiosk itu, Yap Kim Fatt, 42, dan jurujualnya, Chu Kar Wai, 29, didakwa mengikut Seksyen 43AA (1) Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.

Mereka juga selanjutnya didakwa kerana melanggar Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000, yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 6 tahun, atau denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah mengenakan denda sebanyak RM15,000 setiap individu di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 dan RM5,000 lagi di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia 2000.

Menjadikan denda keseluruhan berjumlah RM40,000.

Kedua-duanya mengaku bersalah atas semua pertuduhan dan membayar denda.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 telah diwartakan pada 10 Februari 2022. Impak utama pindaan itu ialah jenayah penjualan ISD dan aplikasi perisian berkaitan yang membenarkan akses tanpa kebenaran kepada kandungan hak cipta.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda minimum RM10,000 hingga maksimum RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Berkaitan

  • Jimat Sebanyak RM239 Dengan Pek Primary Astro, Tonton 8 Saluran Tambahan Percuma 1 Tahun
  • Bandar Raya Kuching Bakal Guna Trem Swapandu Dikuasa Hidrogen Pertama Di Dunia
  • Pascabayar Maxis Catat Pertumbuhan Tapi Hasil Prabayar Menguncup

Sumber: Siaran media Astro

(Langgan pelbagai pek siaran Astro secara sah dari stor rasmi Astro di Shopee dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY