Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tm kurangkan kelajuan

MCMC Siasat Aduan Pengurangan Kelajuan Muat Naik Pakej Unifi 500Mbps

Diterbitkan September 20, 2020 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaporkan telah mengurangkan kelajuan pakej Unifi. Penyedia perkhidmatan itu dikatakan telah mengubah kelajuan muat naik kepada 100Mbps bagi pakej 500Mbps.

Terdahulu, TM telah memperkenalkan pakej Unifi pada Ogos dengan menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps dan kelajuan muat turun 500Mbps. Bagaimanapun, terdapat aduan yang mengesan pakej tersebut telah diubah sejak 2 September 2020 dengan pengurangan kelajuan muat naik hanya 100Mbps.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1307486079906316288

Berikutan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap aduan berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej tersebut.

MCMC turut menyatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan jika siasatan mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna.

Dalam pada itu, MCMC turut memberi jaminan siasatan isu tersebut akan dijalankan secara telus dan adil.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY