Ketika pengenalannya, ia menyenaraikan kelajuan muat naik sebanyak 200Mbps pada kedua-dua pelan.
Namun, secara senyap TM dilihat telah mengubah kelajuan tersebut kepada 100Mbps untuk pelan 500Mbps.
Ia dilakukan tanpa sebarang kenyataan oleh TM atau Unifi dan secara tiba-tiba sahaja tanpa memberikan apa-apa sebab.
Menurut laporan dari SoyaCincau, perkara ini adalah disebabkan TM secara tidak sengaja menyenaraikan kelajuan muat naik kepada 200Mbps padahal sepatutnya ia adalah berkelajuan 100Mbps.
Namun begitu, ketiadaan sebarang kenyataan rasmi dari TM atau Unifi disebabkan kesilapan dan juga tindakan secara senyap ini menimbulkan kemarahan orang ramai.
Laporan dari Lowyat.net turut menambah pelanggan yang mula-mula menyedari perkara ini telah memfailkan saman kepada SKMM.
Mengimbas kembali, pelan 500Mbps ini boleh dilanggan dengan bayaran RM249 sebulan manakala pelan 800Mbps pula pada RM349.
Sumber: SoyaCincau, Lowyat.net
Berkaitan
- PDRM: Waspada Tipu Panggilan Telefon Minta Nombor OTP Atau TAC
- PMNC 2020 Berakhir, Pasukan LX ESPORT Muncul Juara Raih Hadiah Utama RM30,000
- Ramai Tak Setuju Kos Stiker RFID Sehingga RM35 Sekeping
- Huawei Umum Cip Kirin 820 5G - Pengganti Kirin 810 Dengan Prestasi GPU 38% Lebih Berkuasa
- Google Pixel 4a Dilancarkan - Snapdragon 730G, RAM 6GB, 3140mAh Dan Kamera 12MP
- Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690
- Galaxy S21: Mampukah Cip Exynos 2100 Kembalikan Semula Reputasi Cemerlang Telefon Premium Samsung?
- Poco F2 Pro Rasmi Dilancarkan - 'Flagship Killer' Kini Kembali Semula?
- Minecraft Dengan Teknologi RTX Boleh Dimainkan Secara Beta Pada 16 April
- Lebih Dari 500,000 Akaun Zoom Telah Digodam Dan Dijual Di Dark Web