Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
phishing scam

MCMC Sekat 3,150 Kandungan Berunsur Penipuan

Diterbitkan Oktober 12, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat sebanyak 3,150 hantaran berunsur penipuan dan pemancingan data (phishing) di pelbagai platform media sosial, bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September tahun ini.

Berkaitan

  • MOSTI Bangunkan Kod Etika, Tadbir Urus Teknologi AI
  • "Pematuhan TikTok Terhadap Undang-Undang Malaysia Masih Tidak Memuaskan" - Fahmi

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata ia melibatkan 2,871 hantaran di Facebook, 254 (WhatsApp), 13 (Instagram), 11 (Telegram) dan satu di TikTok. Sementara 1,471 membabitkan laman sesawang.

Teo berkata sebagai langkah proaktif dalam penguatkuasaan undang-undang mengenai bahaya ancaman siber, Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang meneliti dan membuat pindaan terhadap beberapa aspek berkaitan perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN) juga sedang dalam proses penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Siber yang akan menguatkuasakan jenayah siber selari dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY