Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wang chuanfu ceo byd bloomberg

Pengasas BYD Kerugian ~RM7 Bilion Akibat Tesla, Hanya Dalam Sehari

Diterbitkan Ogos 18, 2023 · Dikemas kini Ogos 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Wang Chuanfu iaitu pengasas, pengerusi dan CEO syarikat automotif BYD telah kerugian sebanyak ~RM7 bilion ($1.5 bilion) beberapa hari lalu akibat perang harga dengan Tesla, lapor Forbes.

Beliau ialah orang ke-9 terkaya di China dan 17.6% daripada kekayaannya ini disumbang oleh pegangan peribadinya dalam BYD.

wang chuanfu byd
Wang Chuanfu. Sumber: Forbes

Hal ini kerana para pelabur telah menjual saham mereka dalam BYD akibat kerisauan apabila Tesla menurunkan harga Model Y (Long Range dan Perfomance) sebanyak ~RM9 ribu (14,000 yuan) di China.

Bukan itu saja, malah Tesla itu juga memberikan subsidi insurans bagi pembelian Model 3 sehingga hujung bulan depan.

tesla model 3 malaysia

Kalau perkara ini berlaku di Malaysia atau mana-mana negara sekalipun, pastinya pengguna tak fikir panjang untuk menempah kereta Tesla.

Kata pakar strategi Kenny Ng daripada Everbright Securities International, para pelabur sedang dihimpit masalah hartanah di China.

byd atto 3 malaysia – 1
BYD Atto 3

Justeru, mereka semakin berhati-hati untuk melabur, tambah pula apabila melihat pasaran kereta elektrik yang semakin kompetitif kebelakangan ini.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Tesla menyerang jenama EV lain dengan perang harga di China kerana syarikat milik Elon Musk itu telah pun melakukan perkara sama pada Oktober lalu dan beberapa selepasnya.

byd atto 3 malaysia

Berkaitan

  • Tesla Model Y Berharga RM199,000 Di Malaysia
  • Pembelian Telefon realme Lebih Berbaloi Di 4 Kedai Ini
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Tesla Bagi Pengecas Percuma Untuk Tempahan Sehingga Oktober 2023

Tesla sebenarnya terkesan dan telah mencatatkan penurunan jualan Julai lepas sementara BYD dan jenama kereta elektrik China lain sedang berlumba-lumba mengeluarkan model baharu dengan harga yang berdaya saing.

BYD juga telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

Untuk berita berkaitan Tesla di Malaysia, klik pautan INI.

Gambar utama: Bloomberg

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY