Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC: Hormati Mangsa Tragedi, Elak Sebar Visual Insiden Pesawat Terhempas Di Elmina

MCMC: Hormati Mangsa Tragedi, Elak Sebar Visual Insiden Pesawat Terhempas Di Elmina

Diterbitkan Ogos 18, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 18, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk menghormati, menjaga sensitiviti serta mengelakkan daripada berkongsi gambar mangsa insiden pesawat terhempas di Elmina.

Berkaitan

  • MCMC Tegas Dalam Melaksanakan Kewajipan
  • RUU Keselamatan Siber Dijangka Akan Dibentang Akhir Tahun Ini

MCMC menyatakan perkongsian gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip serta etika.

Lanjutan itu, pengguna media sosial disarankan membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa insiden serta tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.

Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, MCMC turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa insiden tersebut.

Sumber: MCMC

Gambar utama: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY