Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_walkie talkie

MCMC Rampas 138 Unit Walkie-Talkie Bernilai Lebih RM20,000

Diterbitkan Julai 29, 2024 ยท Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dalam operasi yang dijalankan ke atas tiga premis di Kuala Lumpur, yang didapati menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui itu.

Menurut MCMC, penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti menjual, memiliki dan menggunakan apa-apa kelengkapan komunikasi yang tidak mempunyai pemerakuan.

Penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi, selain menyebabkan gangguan frekuensi, yang akhirnya mengundang masalah kepada pengguna lain.

Sebagai tambahan, agensi itu berkata ia juga boleh menyebabkan kerugian kepada pengguna jika tidak berfungsi dengan baik kerana tidak mempunyai jaminan. Dalam masa yang sama, peranti tersebut juga boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi MCMC Check Your Lable yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menyemak status pemerakuan setiap kelengkapan komunikasi.

Berkaitan

  • MCMC Jalankan Operasi Banteras Kegiatan 'Phishing' Melalui Pautan SMS
  • MCMC Jalankan Tinjauan Kepuasan Perkhidmatan Selular Mudah Alih, Jalur Lebar Tetap
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY