Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_new logo 2023

MCMC Jalankan Tinjauan Kepuasan Perkhidmatan Selular Mudah Alih, Jalur Lebar Tetap

Diterbitkan Julai 4, 2024 · Dikemas kini Julai 4, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan Survei Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2024 (BQoES 2024) dan Survei Kepuasan Pelanggan 2024 (CSS 2024) untuk perkhidmatan selular mudah alih dan jalur lebar tetap, bermula 4 Julai sehingga 30 November 2024 secara dalam talian.

Berkaitan

  • MCMC Teliti Teknologi Baharu Untuk Tambah Baik Perkhidmatan Internet
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • MCMC Jalankan Operasi Banteras Kegiatan 'Phishing' Melalui Pautan SMS

Menurut MCMC, tinjauan tersebut bertujuan untuk mengumpul data bagi mengukur kualiti pengalaman dan persepsi pengguna terhadap penyampaian perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Pelanggan berumur 15 tahun dan ke atas di Malaysia boleh menjawab soalan tinjauan menggunakan kod QR atau pautan di bawah, dengan penyertaan adalah secara sukarela.

MCMC Survei Julai 2024

MCMC menjelaskan data yang dikumpulkan melalui platform dalam talian ini menggunakan teknologi penyulitan SSL, disimpan dalam pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan dan alamat IP tidak disimpan.

Bagi melindungi privasi, MCMC juga menyarankan responden untuk membersihkan cache dan sejarah pengimbas komputer setelah menjawab tinjauan ini.

Sebagai tambahan, tinjauan ini hanya bertujuan untuk pengumpulan data sahaja dan tidak melibatkan sebarang data peribadi seperti nama penuh, kad kredit/debit atau maklumat bank.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY