Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil Dewan Negara 18 Disember 2025

MCMC Pantau Ketelusan Kontrak Astro Libatkan Pengguna – Fahmi

Diterbitkan Disember 18, 2025 · Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau pematuhan pemberi perkhidmatan, termasuk Astro, terhadap keperluan ketelusan maklumat dan kejelasan kontrak.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dilaksanakan selaras dengan Kod Amalan Am Pengguna 2022 (GCC), yang mewajibkan penyedia perkhidmatan memaklumkan pengguna tentang semua terma dan syarat kontrak sebelum sesuatu perjanjian dimeterai.

“Hal ini termasuk tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pengguna serta implikasi sekiranya berlaku pelanggaran kontrak,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Fahmi berkata kegagalan pemberi perkhidmatan mematuhi GCC boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda hingga RM100,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menegaskan pengguna juga bertanggungjawab membuat pertimbangan secara teliti sebelum melanggan sesuatu perkhidmatan, termasuk memahami tempoh komitmen, had penggunaan, caj tambahan, liputan perkhidmatan serta implikasi penamatan kontrak awal.

Mengenai langkah sama ada kementerian bersedia mengarahkan Astro mengeluarkan notis amaran sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga kecil yang tidak menyedari status penggunaan siaran komersial, Fahmi menjelaskan sebarang tindakan undang-undang merupakan keputusan komersial berdasarkan terma kontrak.

Berkaitan

  • Astro Seru Pilih Platform Sah, Peranti Penstriman Haram Dimuatkan Perisian Hasad
  • Telco Caj Perlindungan Scam: MCMC Diarah Kenal Pasti, Minta Penjelasan
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Astro Perlu Berubah Jika Mahu Kekal Relevan Dalam Era Penstriman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY