Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_2

MCMC, KPT Akan Segera Selesaikan Isu Capaian Internet Di Beberapa Kampus IPTA – Fahmi

Diterbitkan September 25, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama untuk segera menyelesaikan masalah capaian Internet di beberapa kampus Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata masalah tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan ia diselesaikan segera, memandangkan semester akademik baharu akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, penyelesaian isu berkenaan melibatkan infrastruktur jaringan Internet yang disediakan vendor penyedia perkhidmatan di kampus yang terlibat.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata MCMC hari ini telah membuat satu laporan polis berhubung satu akaun media sosial yang dipercayai menjual dadah secara terbuka di platform TikTok, seperti yang tular baru-baru ini.

Beliau berkata MCMC juga telah melaporkan perkara tersebut kepada pengendali TikTok dan akaun berkenaan serta kandungannya kini tidak boleh diakses di Malaysia.

Pihaknya turut meminta MCMC untuk meluaskan carian bagi mengenal pasti mana-mana pihak lain yang cuba menjual bahan terlarang itu di semua platform media sosial.

Berkaitan

  • MCMC Kuat Kuasa Larangan Beberapa Kandungan Dalam SMS
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • MCMC Anjur Sesi Libat Urus, Dapatkan Pandangan Berhubung Pengalihan DNS
  • Malaysia Kini Dalam Senarai 15 Negara Miliki Internet Mudah Alih Terpantas Di Dunia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY