Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Microsoft

MCMC Jalin Kerjasama Strategik Dengan Microsoft Malaysia, Lancar Program MCMC – Microsoft AI TEACH

Diterbitkan Jun 21, 2024 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Microsoft Malaysia menerusi Memorandum Persefahaman (MoU).

Melalui MoU itu, MCMC dan Microsoft Malaysia akan bekerjasama untuk meneroka manfaat sosioekonomi AI, termasuk usaha untuk mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dengan pengetahuan AI dan kemahiran digital.

Selain itu, kerjasama ini juga akan menyaksikan penerimagunaan perisian Microsoft oleh MCMC bagi merintis penggunaan AI, serta pendekatan kepada penerimagunaan AI yang bertanggungjawab.

MCMC Jalin Kerjasama Strategik Dengan Microsoft Malaysia, Lancar Program MCMC – Microsoft AI TEACHPada majlis MoU itu juga, turut dilancarkan program pembangunan kapasiti dalam Kecerdasan Buatan (AI) iaitu MCMC – Microsoft AI TEACH.

Program MCMC – Microsoft AI TEACH ini telah memanfaatkan 151 peserta melalui latihan pertama yang dilaksanakan, dan dijangka terus memanfaatkan 1,600 ahli komuniti berhampiran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), terutamanya golongan rentan untuk menerima latihan dan pensijilan dalam kemahiran AI serta membantu meningkatkan kebolehpasaran 1,000 orang peserta melalui inisiatif padanan pekerjaan MyFutureJobs bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Berkaitan

  • Microsoft Buang Sokongan Audio Dolby Digital Dari Windows 11
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Kementerian Komunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY