Baru-baru ini, laman cari teman Sugarbook mendakwa semakin ramai wanita Malaysia, terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai Sugar Baby di laman aplikasi tersebut.
Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan mengatakan dakwaan gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan-tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa.
Selain Sugarbook, terdapat juga pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan "dating service" atau percintaan dalam talian. Sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri, pengguna mungkin akan lebih mudah tertipu dan mendorong kepada risiko jenayah siber.
Sebagai tambahan, mereka yang terlibat juga akan berdepan risiko scam percintaan (love scam) termasuk terdedah kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual.
Sehubungan itu, MCMC menyarankan agar pengguna sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali.
Dalam pada itu, MCMC akan terus memantau dan menyiasat bersama PDRM bagi aplikasi Sugarbook serta akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya didapati melanggar undang-undang negara.
Sumber: MCMC
Berkaitan
- MCMC Sekat 6,381 Laman Sesawang Judi Dalam Talian
- Digital Nasional Berhad Akan Dikawal Selia Oleh MCMC Untuk Pelaksanaan Infrastruktur Dan Rangkaian 5G
- Laporan MCMC: Kelajuan Rangkaian 4G Malaysia Di Bawah 30Mbps
- Elak Kongsi Gambar, Video Mangsa Tragedi Di Ipoh - MCMC
- MCMC Sedang Siasat Berhubung Grup Pornografi Dengan Lebih 35K Ahli Di Telegram
- Video Berbaur Provokasi Didakwa Kandungan Berbayar, MCMC Dan PDRM Panggil TikTok Beri Penjelasan
- Kandungan Mudarat Di Media Sosial Meningkat Ketara - MCMC
- MCMC Melarang Perjanjian Eksklusif Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Di Bangunan Tinggi
- MCMC: Hati-Hati Dengan Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun WhatsApp
- MCMC Dan Penyedia Perkhidmatan Selesaikan Isu Capaian Telekomunikasi Di Batang Kali